menarik perhatian semua pihak. Orang Melayu Boleh melakukan apa sahaja luar dari kotak fikiran. Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Bagi beliau, kemiskinan dan kekurangan bukan penghalang meraih kejayaan. Malah kemiskinan, kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan kedua ibu bapanya.
Beliau adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Ayah dan ibu beliau bukannya orang berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayahnya pula bekerja sebagai nelayan masih boleh berjaya dan mengegar rekod SPM anda bagaimana??.Melayu Boleh
Beberapa perkara yang masih tidak diketahui umum:1. Dalam zaman serba canggih ini, Madihah tidak pernah keluar daripada Kelantan tetapi mengetahui tentang semua tempat disebabkan selalu melayari internet.
2. Disebabkan tidak ada duit, dia hanya melayari internet di perpustakaan awam dan membaca buku atau novel kegemarannya di situ.
3. Ibu bapanya mempunyai kesedaran ilmu yang tinggi, walaupun susah dan kadang-kadang terlepas makan kedua ibu bapanya mengumpul duit sedikit demi sedikit untuk membeli komputer bagi mendedahkan anak-anaknya tentang IT.

4. Adiknya yang ketiga merupakan pelajar tajaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi. Yang kedua belajar di Sekolah Menengah Teknik Bachok dan bekas pelajar MRSM Kota Putra. Kira cerdik-cerdik belaka.
5. Biar pun susah bagaimana sekali pun Madihah tidak pernah meminta-minta dan meneruskan perjalanan hidup seperti biasa malah menjadikannya sebagai satu cabaran.
6. Madihah seorang pendiam dan agak pemalu, puas untuk aku mengorek rahsia ketika wawancara itu dibuat, sepanjang tempoh itu Madihah cuba menyembunyikan kesusahannya sehingga ada beberapa jawapan terpaksa di kutip daripada ibu dan gurunya.
7. Madihah kata keputusan percubaan SPMnya teruk, 14 A dan 5 B. Teruk sangatlah tu...
8. Rumah Madihah memang sempit, hanya selesa untuk 4 orang sahaja tetapi satu yang pelik walaupun di luar sangat panas tetapi dalam rumah tidak terasa sangat walaupun bersesak dan beratap zink. Diakui oleh wartawan Kosmo, Bob
.Mungkin orng2 di dalam rumah sentiasa di payungi malaikat kerana menjalankan suruhan Allah dengan ikhlas.9. Ada sebuah universiti tempatan menawarkan tempat untuk Madihah, bukan untuk peringkat sarjana muda tetapi PhD. Fuyoooo....
10. Utusan Malaysia hampir terlepas cerita Madihah ini, tetapi nasib baik ada kawan lain yang terbocor secara tak sengaja... huhuhu thanks for the info.
Cerita Nur Madihah membuktikan tidak kira siapa, anak nelayan, anak penoreh, anak petani, anak peguam, anak doktor dan anak menteri semuanya boleh berjaya. Yang penting ialah berusaha dan belajar tanpa mengenal erti jemu.

Kadang-kadang rumah yang kecil boleh memberi ruang yang lebih luas dalam fikiran kita.
Bangga melihat seorang murid Melayu Boleh Berjaya dengan usaha daya sendiri tanpa alasan kemiskinan atau kekurangan diri.
Kalo anda hidup miskin melarat atau hidup berumahkan atap zink nak tercabut seperti gambar sebelah ini apakah anda seperti mereka?
sumber:
http://azranfitri.blogspot.com/2009/03/cerita-nik-nur-madihah.html
![Validate my Atom 1.0 feed [Valid Atom 1.0]](valid-atom.png)
Comments :
Post a Comment