Usahawan Wanita Melayu Boleh ini dikenali sebagai The Iron Lady atau Wanita Waja. Beliau berpegang teguh pada falsafah ‘modal utama adalah diri sendiri’. Beliau yakin dengan dorongan ini dari dalam dapat memacu individu itu menjadi cemerlang.
Datuk Maznah dan suaminya memulakan operasi Securiforce Sdn. Bhd. Pada tahun 1981
Beliau menggunakan modal RM5000 dan 5 orang pengawal bagi memulakan bisnesnya. Datuk turut menyandang beberapa tugas serentak pada waktu itu. Oleh kerana tidak upaya mengambil ramai pekerja, mereka suami isteri terpaksa melakukan tugas lain seperti mengurus operasi, bill collector, peronda dan kadangkala menjadi pengawal apabila pekerja mereka bercuti raya dan umum.
Berkat usaha gigih wanita Melayu ini, syarikatnya berkembang maju. Kini ia mempunyai lebih daripada 50 cawangan di seluruh negara, lebih 4000 ribu orang pekerja dan dikelilingi ratusan senjata api serta ratusan buah van kalis peluru.
Hasil kegigihan beliau, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju dalam bidang hartanah. Antaranya Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak, Cheras yang membina kondominium beserta penthouse yang eksklusif.
Beliau membuktikan Wanita Melayu Boleh lakukan apa sahaja yang diingini seperti orang lain.
![Validate my Atom 1.0 feed [Valid Atom 1.0]](valid-atom.png)

Comments :
Post a Comment