
Tokoh Melayu Boleh ini adalah dirasakan sebagai tokoh wanita paling berani,cekal,smarts,hebat di dunia ini,siapa lagi kalo bukan Datin Paduka Sharifah Mazlina. Seorang wanita Melayu yang tidak perrnah berputus asa dalam mencipta kejayaan demi kejayaan dan patutlah ia di contohi dan di teladani buat kita semua.
Beliau dilahirkan pada 23 May 1965 dan menerima pendidikan tinggi di UPM dalam bidang Pengajian Fizikal sebelum menyambung pengajian Masters dari Montreal, Canada. Beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dengan penglibatan beliau dalam kegiatan sukan seperti hoki, merejam lembing dan olahraga. Selepas belajar, Sharifah menjadi pensyarah di UiTM dalam bidang psikologi sukan dan terkenal sebagai seorang pendidik yang memperkenal dan memperkayakan pemikiran dan minda positif dalam menghadapi cabaran hidup.
Namanya mula menjadi sebutan apabila dia berhasrat untuk melakukan aktiviti ekspedisi solo ke kutub selatan (Antartika) pada tahun 2004 yang bakal menjadikan beliau rakyat Malaysia pertama dan wanita Asia pertama melakukan cabaran tersebut. Hasrat yang pada mulanya ditentang oleh ahli keluarga akhirnya mendapat restu dan juga harapan dari seluruh rakyat Malaysia.
Dalam usahanya menakluki Antartika menggunakan ski-sailing, pelbagai cabaran terpaksa diharunginya sehingga beliau ditimpa kecederaan apabila ditiup ribut salji dan diheret sejauh 50 meter. Mazlina menolak bantuan kecemasan dan meneruskan perjalanan demi untuk mencapai hasratnya. Akhirnya beliau berjaya menyeberangi Antartika dan dalam masa yang sama telah memecahkan rekod dunia dengan mengembara selama 22 hari. Rekod sebelumnya ialah 24 hari dan dilakukan oleh seorang lelaki warganegara Britain. Pengembaraan epik Sharifah Mazlina merangkumi jarak sejauh 1100 kilometer.
Pada tahun 2007, sekali lagi Mazlina membawa harapan negara dalam usahanya untuk menakluki kutub utara (Artik) pula dalam usaha untuk melengkapkan misi kutub ke kutub (pole to pole mission), cabaran yang jauh lebih sukar berdasarkan keadaan cuaca yang tidak menentu serta kehadiran dan ancaman beruang kutub. Untuk tujuan keselamatan beliau dibekalkan dengan sepucuk pistol Revolver. Sekali lagi Sharifah Mazlina menjadi wanita Asia pertama yang melengkapkan cabaran tersebut. Beliau menjejakkan kaki di paksi kutub utara pada 17 April 2007 jam 8.25 malam waktu Malaysia. Beliau tiba di Malaysia dengan keadaan muka yang ‘comot’ setelah berdepan dengan pelbagai cabaran, termasuk digigit ‘frost bite’.
Datin Paduka Sharifah Mazlina kini dalam proses membukukan pengalaman beliau sewaktu mengembara ke artik dan antartika untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang ingin meneroka kemampuan diri dan menyahut cabaran yang mendatang.
Jadi anda bila lagi untuk lakukan sesuatu kepada diri anda.Jangan berharap negara akan lakukan sesuatu kepada anda tapi lakukan sesuatu buat bangsa ,agama dan negara!Melayu Boleh!
Datin Paduka Sharifah Mazlina
Labels:
Tokoh Melayu Boleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
![Validate my Atom 1.0 feed [Valid Atom 1.0]](valid-atom.png)
Comments :
Post a Comment