
Bagi setiap umat Islam melayu boleh dan berkemampuan, menunaikan ibadah haji sangatlah dituntut. Namun senario yang kelihatan sejak dahulu di negara ini, tuntutan rukun agama ini seringkali diusahakan untuk dinikmati di kala usia sudah tua.
Pemikiran masyarakat melayu bahawa ibadah haji adalah untuk warga tua perlulah diubah. Hakikatnya, menunaikan haji di kala usia muda mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan tersendiri bukan sahaja menuntut persediaan material dan spiritual, malahan aspek fizikal juga perlu ditekankan
Imam Al-Ghazali membuat kesimpulan, ibadah haji adalah kemuncak ibadat dan pengabdian diri seseorang muslim kepada Allah SWT. Pengabdian ini tentunya perlu diusahakan sebaik mungkin dari segi hukum-hakam, semangat serta tenaga dan fizikal kepada ibadah haji itu sendiri.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Menunaikan haji adalah kewajipan setiap manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang mampu mengadakan perjalanan menuju ke Baitullah. Dan barang siapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. (ali-'Imran: 97)
Sekiranya kita sudah diberi kemampuan untuk menunaikan haji di usia muda, mengapa mesti kita orang melayu menunggu hari tua? Alasan-alasan seperti masih muda, belum bersedia, terlalu awal dan pelbagai lagi alasan lain seringkali meniti di bibir masyarakat Islam.
Sebenarnya, sebagaimana kita dikehendaki bersegera melaksanakan perkara-perkara yang dituntut oleh agama apabila telah cukup syarat-syaratnya, begitulah juga halnya dengan ibadah haji.
Faktor kewangan seringkali dijadikan alasan seseorang sehingga terpaksa menangguhkan hasrat untuk menunaikan ibadah haji. Pada dasarnya, hal ini boleh diatasi jika kita mempraktikkan amalan pengurusan kewangan yang berhemah. Pengurusan kewangan perlu dipelajari selain dapat mengelakkan kita dari membazir dapat pula kita menyimpan untuk ke Mekah .Orang Melayu amat lemah dalam ilmu kewangan ini.Sepatut orang islam perlu berjaga-dalam perbelajaan harta kerana setiap sen yang digunakan akan ditanya oleh Allah di padang Masyar nanti.
Ia termasuk menguruskan segala perbelanjaan dalam pengurusan kewangan masing-masing iaitu perbelanjaan peribadi, keluarga, membayar hutang dan perbelanjaan bagi tujuan peribadatan.
Rakyat Malaysia (Melayu Islam) sebenarnya lebih beruntung berbanding dengan negara-negara Islam lain yang tidak mempunyai badan khusus seperti Lembaga Tabung Haji (LTH) yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas urusan haji bagi penduduk-penduduknya.
Rasulullah SAW bersabda, "Bersegeralah kamu menunaikan fardu haji kerana seseorang itu tidak tahu apa akan berlaku ke atasnya (mati)". (riwayat Imam Ahmad)
Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW pernah ditanya, "Apakah amalan yang paling utama?" Rasulullah SAW. menjawab, "Iman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya". "Kemudian apa?" "Jihad di jalan Allah". "Kemudian apa lagi?" Dan Rasulullah SAW menjawab, "Haji mabrur". (riwayat Bukhari dan Muslim)
Bersegeralah menjjlaankan kewajipan ini jika anda sudah mampu di usia muda segalannya boleh dilakukan malah ibadat akan lebih sempurna ketika usia ini. Apakah tujuan kita mengumpul wang semata-mata niat lah hanya padamu Ya Allah..Melayu Boleh melakukannya tepuk dada tanya iman.
Orang Melayu Boleh tunai haji semasa muda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
![Validate my Atom 1.0 feed [Valid Atom 1.0]](valid-atom.png)
Comments :
Post a Comment